Followers

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Posted by Admin Tuesday, December 29, 2009


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti di dalam iklan.

1. NAMA JAWATAN : PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29 (KONTRAK)
1. SYARAT LANTIKAN
(a) (i) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Diploma dalam bidang undang-undang yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29:P1T4);
dan (d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan ’Borang MDPH (PKDM) 1/09’ yang boleh dimuat turun (download) dari laman web Majlis dengan melayari www.mdph.gov.my. atau KLIK SINI
(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran,
Transkrip Akademik, Diploma dan Sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan serta sekeping gambar terbaru
berukuran pasport.
(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 11sm. Disudut
atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
(d) Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya :
i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv) tidak ditulis Nombor Kad Pengenalan;
v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
vi) tidak ditandatangani;
(e) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah menghantar
permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi tahun 2008
dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini mengikut Perintah Am Bab ’A’ Perenggan 17.
3. HAD UMUR
Calon-calon bagi lantikan hendaklah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
4. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan hendaklah sampai kepada:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
33100 PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN.
Sebelum atau pada: 15 JANUARI 2010
5. CATATAN AM
(a) Calon-calon yang memohon lebih daripada satu jawatan hendaklah menggunakan borang berasingan.
(b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.






SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









0 comments

Post a Comment

Tapak Iklan Untuk Disewa










[Tapak iklan untuk disewa,hubungi admin melalui email di: kerjakosong[at]rocketmail[dot]com]

Receive Update Via E-Mail

Enter your email address:

Support Us

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2009 menyediakan iklan, maklumat dan info terkini tentang kekosongan jawatan, Careers, Job opportunity dan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor kerjakosong.gif Copy and paste this code into your blog, friendster,facebook, tagged and etc. Than email us so we can do the same for you. Thanks
Free Training
Free training and earn RM1000 per month
[click here]

Train and Place
Business Management, Sales & Marketing Program with Anderson Global Resources
[clik here for more info]



Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2009 place ads, careers opportunity, in various sector. All of it are founded in the net, news paper or even from you. There for, our behalf would not be responsible for any stress, desperation or what so ever couses that happened to you. We just want to help and good luck all.

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2009 menyediakan iklan, maklumat dan info terkini tentang kekosongan jawatan, careers, job opportunity dan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Semuanya diperolehi dari orang persorangan, internet ataupun dari anda sendiri. Oleh itu pihak kami tak bertanggung jawab keatas segala kedukaan, sakit hati, berduka nestapa atau segala tragedi buruk yang berlaku pada anda. Apapun,jika berjaya,kongsilah bersama kami,and selamat berjaya dan good luck dalam mencari rezki di muka bumi ini......

Segala Pertanyaan,atau Ingin Brkongsi Iklan dan Info,Hubungi Kami di kerjakosong[at]rocketmail[dot]com

For Any Inquiries, Contact Us at
kerjakosong[at]rocketmail[dot]com