MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul
Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti didalam iklan.
| BIL | JAWATAN | KLASIFIKASI | KUMPULAN | GRED | BIL. KEKOSONGAN | JADUAL GAJI |
| 1. | Penolong Pegawai Penilaian | Perkhidmatan Kewangan ( Unit COB ) | Sokongan | W27 | 1 | P1T1 RM1209.09 – P1T26 RM3031.64 P2T1 RM1278.67 – P2T26 RM3217.79 P3T1 RM1351.27 – P3T26 RM3409.80 |
| 2. | Penolong Akauntan | Perkhidmatan Kewangan ( Unit COB ) | Sokongan | W27 | 1 | P1T1 RM1209.09 – P1T26 RM3031.64 P2T1 RM1278.67 – P2T26 RM3217.79 P3T1 RM1351.27 – P3T26 RM3409.80 |
| 3. | Penolong Jurutera | Perkhidmatan Kejuruteraan (Unit Pusat Setempat) | Sokongan | J29 | 1 | P1T1 RM1549.40 – P1T26 RM3046.80 P2T1 RM1620.40 – P2T26 RM3241.91 P3T1 RM1694.60 – P3T26 RM3430.90 |
| 4. | Penolong Pegawai Senibina | Perkhidmatan Kejuruteraan (Unit Pusat Setempat) | Sokongan | J29 | 1 | P1T1 RM1549.40 – P1T26 RM3046.80 P2T1 RM1620.40 – P2T26 RM3241.91 P3T1 RM1694.60 – P3T26 RM3430.90 |
| 5. | Juruteknik | Perkhidmatan Kejuruteraaan (Unit Pusat Setempat) | Sokongan | J17 | 1 | P1T1 RM843.06 – P1T26 RM2325.37 P2T1 RM896.00 – P2T26 RM2452.46 P3T1 RM950.45 – P3T26 RM2583.95 |
* CATATAN : Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2009, perubahan nama skim perkhidmatan
bagi jawatan Pembantu Teknik diubah kepada nama skim perkhidmatan Penolong Jurutera &
Penolong Pegawai Senibina.
1. KELAYAKAN
| BIL | NAMA JAWATAN | | | SYARAT LANTIKAN |
|---|
| 1. | PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN (GRED W27) | | (a) | Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang |
| | | | | diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau |
| | | | | kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
| | | | | (Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T6); |
| | | dan | (b) | Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat |
| | | | | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
|
| 2. | PENOLONG AKAUNTAN (GRED W27) | | (a) | Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian |
| | | | | perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan |
| | | | | atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
| | | | | (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5); atau |
| | | | (b) | Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam |
| | | | | bidang kewangan dan diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf |
| | | | | dengannya. |
| | | | | (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T8); |
| | | dan | (c) | Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat |
| | | | | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
|
| 3. | PENOLONG JURUTERA (GRED J29) | | (a) | Diploma dalam bidang kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada |
| | | | | institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf |
| | | | | dengannya. |
| | | | | (Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2); |
| | | dan | (b) | Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat |
| | | | | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
|
| 4. | PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (GRED J29) | | (a) | Diploma dalam bidang senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi |
| | | | | pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
| | | | | (Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2); |
| | | dan | (b) | Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat |
| | | | | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
|
| 5. | JURUTEKNIK (GRED J17) | | (a) | Sijil dalam bidang Kejuteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik- |
| | | | | politeknik tempatan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
| | | | | (Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9); |
| | | dan | (b) | Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat |
| | | | | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
2. CARA MEMOHON(a) Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang MPM 2' yang boleh dimuat turun (download) dari portal internet sahaja dengan melayari
www.mpm.gov.my atau klik
SINI(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Transkrip Akademik, Diploma dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan wang pos bernilai RM1.00
(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 11sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
(d) Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya ;
i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv) tidak ditulis Nombor Kad Pengenalan;
v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
vi) tidak ditandatangani;
(e) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi tahun 2008 dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini mengikut Perintah Am Bab ‘A' Perenggan 17.
3. HAD UMUR
Calon-calon bagi lantikan hendaklah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
4. TARAF JAWATAN ADALAH BERTARAF TETAP
5. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan hendaklah sampai kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN
Sebelum atau pada : 22HB. JULAI 2009
6. CATATAN AM
( a ) Calon-calon yang memohon lebih daripada satu jawatan hendaklah menggunakan borang berasingan.
( b ) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
( c ) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.