PENGUMUMAN PENGUMUMAN !!!!!!


Assalamualaikum dan hi kepada pencari pencari kerja semua,

Memandangkan pihak admin di www.kerjakosong.net selalunya sibuk dan tidak dapat mengemaskini blog maka kami membuat sebuah lagi blog dimana kami memautkan beberapa laman web penjodoh pekerjaan agar lebih mudah bagi anda semua mencari kerja. Kami juga berharap dengan adanya blog baru ini dapat sedikit sebanyak membantu pencari pencari kerja yang banyak bertanyakan di facebook mahupun di ruangan chat.

SILA KLIK SINI UNTUK SEARCH PELUANG PEKERJAAN


Walaubagaimanapun www.kerjakosong.net masih lagi berfungsi seperti biasa. :D

GOOD LUCK GUYS

Tapak Iklan Untuk Disewa












[Tapak iklan untuk disewa,hubungi admin melalui email di: kerjakosong[at]rocketmail[dot]com]

Followers

Tuesday, March 30, 2010

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Gred Jawatan : W - 17



CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT :
1. Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006’
yang boleh didapati di Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia,
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis atau di Kaunter Kewangan,
Jabatan Kewangan, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dengan harga
RM1.00.

Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan disertakan
bersama salinan Sijil / dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
(i). Kad Pengenalan ( depan & belakang - dalam kertas A4),
(ii). Sijil Kelahiran,
(iii). Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Sijil Perdagangan Malaysia/
Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan
kira-kira dari Politeknik Tempatan),
(iv). Sijil Berhenti Persekolahan ( Sekolah Rendah dan Menengah),
(v). Salinan Lesen Memandu Yang Sah (jika ada),
(vi). Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-
tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

TARIKH TUTUP IKLAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 06 APRIL 2010 ( Selasa ).

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:
Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
No. 192, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar,
Perlis.





SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia



UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMPELAWA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT MEMOHON JAWATAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN YANG SEDANG DITAWARKAN. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 11 APRIL 2010.

JAWATAN

FAKULTI
BIDANG
BAHASA MALAYSIA
BAHASA INGGERIS
Pensyarah Gred DS45

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
(Kampus Nilai)

·      Bahasa Mandarin
·      Bahasa Jepun

·   Mandarin Language
·   Japannese Language
Guru Bahasa Gred DG41
Pusat Pengajian Teras dan Antarabangsa (Kampus Nilai/ Pandan Indah)

·      Bahasa Inggeris
·      Bahasa Arab
·      Pengajian Halaqah
·  English Language
·  Arabic Language
·  Halaqah Studies

 A) Pengurusan dan Profesional
JAWATAN
GRED
STATUS LANTIKAN
PENEMPATAN
Pegawai Perubatan
UD 43
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Pegawai Pergigian
U 41
Tetap/Kontrak
Kampus Pandan Indah
Jurutera
(Mekanikal/ Awam/
Elektrik & Elektronik)
J41
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai

 B) Sokongan
JAWATAN
GRED
STATUS LANTIKAN
PENEMPATAN
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
F 29
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Penolong Jurutera ((Mekanikal/ Awam/
Elektrik & Elektronik)
J 29
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Penolong Arkitek Landskap
J 29
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Jururawat Pergigian
U 29
Tetap/Kontrak
Kampus Pandan Indah
Juruteknologi Pergigian
U 29
Tetap/Kontrak
Kampus Pandan Indah
Penolong Akauntan
W 27
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Penolong Pegawai Sains
C 27
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai/ Kampus Pandan Indah
Pembantu Setiausaha Pejabat /Setiausaha Pejabat
N 17/ N 27
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Juruteknik
(Mekanikal/ Awam/
Elektrik & Elektronik/Senibina)
J 17
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Juruteknik (Landskap)
J 17
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Pembantu Keselamatan
KP 17
Kontrak
Kampus Pandan Indah
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N 17
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Pembantu Akauntan
W 17
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Tukang K3
(Elektrik/ Elektronik)
R 9
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai



CARA MEMOHON:


i. Permohonan hendaklah dibuat menerusi e-IRIS USIM. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui pautan yang disediakan.
ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
iii. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988115/8114/6063.

TARIKH TUTUP IKLAN : 11 April 2010





SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong di Perbandanan Kemajuan Negeri Sembilan


PKNNS merupakan sebuah badan berkanun negeri bertanggungjawab sebagai Agensi Amanah yang prgresif,inovatif dan kompetitif dalam melaksanakan polisi polisi pembangunan kerajaan dan sebagai jentera penggerak pertumbuhan pembangunan ekonomi dan sosial negeri sembilan

PKNNS mempelawa Warganegara Malaysia yang dinamik,kreatif,inovatif dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1. Juruaudit Gred W41




Syarat lantikan

a)warganegara Malaysia
b)berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c)
i)Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atua kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T3) atau
ii)Ijazah Sarjana Muda perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atua kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8) atau
iii)Ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8) atau
iv)Ijazah Sarjana Muda perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9) atau
v)Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10

 

2. Penolong Juruukur Bahan Gred J29

 Syarat lantikan

a)warganegara Malaysia
b)berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c)i)diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atua kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2) dan

d)luus Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan




Cara Memohon :
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yg mengandungi perkara2 berikut:
i. Pendidikan
ii. Pengalaman Bekerja
iii. Kemahiran
iv. Penglibatan Luar
v. Rujukan


Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan fotostat kad pengenalan, surat beranak, sisjil berhenti sekolah, sijil2 kelayakan akademik serta lain2 dokumen yg berkaitan yg telah disahkan benar.
 
Permohonan yg lengkap hendaklah dilampirkan Surat (cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kpd:

Ketua Eksekutif
Perbandanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban, Negeri Sembilan

Tarikh Tutup: 9 April 2010













SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Saturday, March 27, 2010

Jawatan Kosong RISDA



 Kami adalah Anak Syarikat milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd (NARSCO) yang sedang berkembang maju semenjak tahun 1996 dalam industri perladangan serta mempunyai beberapa pejabat cawangan di seluruh Semenanjung, dengan ini mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan di beberapa cawangan kami.

1) EKSEKUTIF LADANG
Diploma Pertanian/Pengurusan Ladang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2) EKSEKUTIF NIAGATANI / AGRO-BUSINESS
Diploma Pertanian/Pengurusan Perniagaan / Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3) EKSEKUTIF PENGURUSAN PERUNDANGAN
Diploma Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4) EKSEKUTIF AKAUN & PENTADBIRAN (CAWANGAN)
Diploma Perakaunan/Pentadbiran Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.






5) KERANI
SPM atau kelulusan yang setaraf, keutamaan kepada yang memiliki Sijil Perakaunan

6) PENYELIA LADANG
SPM atau kelulusan yang setaraf, keutamaan kepada yang memiliki Sijil Institut Pertanian

7) PENYELIA NIAGATANI
SPM atau kelulusan yang setaraf, keutamaan kepada yang memiliki kemahiran Perakaunan.

8) PEMBANTU KHAS KEPADA PENGURUS BESAR
SPM atau kelulusan yang setaraf, keutamaan kepada yang memiliki Diploma Kesetiausahaan / Bidang Sains Kesetiausahaan yang diiktiraf setaraf dengannya.


2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara bertulis dengan menyertakan maklumat peribadi beserta dengan gambar pasport, kelulusan dan pengalaman kerja serta sijil-sijil dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat berikut :

PENGURUS BESAR
RISDA PLANTATION SDN. BHD.
Unit J, Excella Business Park,
Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir,
Peti Surat 13543, 50814 Kuala Lumpur
TEL : 03-42705104; Fak : 03-42705204

Sebelum : 9 April 2010

Sila layari laman web: www.risdaplantation.com.my

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak menerima sebarang panggilan setelah 2 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Friday, March 26, 2010

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan berkaitan seperti berikut:

Jawatan Akademik:
1. Profesor Madya Gred DK54
2. Profesor Madya Gred DK53
3. Pensyarah Gred DK45
4. Pensyarah Muda Gred DK41
5. Pengajar Klinikal Gred U31
6. Penolong Pensyarah Gred DK29

Jawatan Pentadbiran:
1. PENDAFTAR GRED N52
2. PENASIHAT UNDANG-UNDANG GRED L52
3. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT KANAN GRED F44
4. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
5. PENOLONG BENDAHARI GRED W41
6. JURUAUDIT DALAMAN GRED W41
7. PENOLONG PENDAFTAR GRED N41
8. PENGURUS ASRAMA GRED S41
9. PUSTAKAWAN GRED S41
10.PEMBANTU TEKNIK (UKUR BAHAN) GRED J29
11.PENOLONG PEGAWAI (PENTADBIRAN) GRED N27
12.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 / N27
13.JURUTEKNIK (Mekanikal/ Elektrikal/ Awam) GRED J17
14.JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
15.PEMBANTU TADBIR / PEMBANTU JURUAUDIT / PENYELIA ASRAMA / PEMBANTU
PERPUSTAKAAN GRED L17 / W17 / N17 / S17
16.PEMBANTU MAKMAL (Fakulti Sains Kejururawatan & Kesihatan Sekutu) GRED C17
17.PEMBANTU TADBIR RENDAH GRED N11
18.PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
19.PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR GRED R3
20.PEMBANTU AM RENDAH/ TUKANG GRED N1

Klik Sini Untuk Iklan Lengkap

Tarikh Tutup Permohonan: 15 April 2010
MUAT TURUN BORANG JAWATAN
———————————————————-
SALINAN DOKUMEN BERIKUT YANG TELAH DISAHKAN
Jawatan Akademik
a. Sijil Kelahiran;
b. Kad Pengenalan;
c. Ijazah Kedoktoran Falsafah (Phd) / Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda / Diploma;
d. Transkrip Akademik;
e. Surat Pengesahan JPA (Kelulusan sijil luar Negara)
f. Sijil SPM atau setaraf;
g. Sijil Berhenti Sekolah Menengah
h. Sijil Kokurikulum;
i. Profil Peribadi / Resume Termasuk Nombor Telefon Terkini

Jawatan Pentadbiran
j. Sijil Kelahiran;
k. Kad Pengenalan;
l. Ijazah Kedoktoran Falsafah (Phd) / Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda / Diploma;
m. Transkrip Akademik;
n. Sijil SPM/PMR/Darjah 6 atau setaraf;
o. Sijil Berhenti Sekolah Rendah
p. Sijil Berhenti Sekolah Menengah
q. Sijil Kokurikulum;
r. Profil Peribadi / Resume Termasuk Nombor Telefon Terkini Lesen memandu yang masih sahlaku (jika berkenaan);
s. Buku Pengakuan Perkhidmatan Angkatan Tentera yang lengkap (jika berkenaan)

C. CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang disediakan.
b. Pemohon yang telah memohon lebih daripada tiga (3) kali dalam tempoh 3 tahun tidak digalakkan memohon.
c. Sila catatkan nama jawatan, bidang pengkhususan/sesi pengambilan
(akademik sahaja) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan
d. Permohonan yang tidak mencatatkan jawatan yang dipohon atau bidang
pengkhususan serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
f. Sila kemukakan permohonan kepada :

Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra, Bangi
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan


SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perak



PEMOHON-PEMOHON ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT DYMM. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN YANG BERKELAYAKAN SAHAJA, LAYAK MEMOHON KEKOSONGAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK SEPERTI BERIKUT :-

1. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Gred S17)  
2. PELUKIS PELAN (Gred J17) 
3. PEMBANTU TADBIR (PENYELENGGARA STOR) (Gred N17) 
4. PEMBANTU TADBIR (P/O) (Gred N17) 
5. PEMBANTU TADBIR (KEW) (Gred W17) 
6. PEMBANTU VETERINAR (Gred G17) 
7. PEKERJA AWAM (Gred R1) 

Tarikh tutup iklan adalah 9 April 2010. Pemohon boleh memohon secara online melalui laman web SPA Online (spaperak.gov.my). Lawati laman web SPA Negeri Perak untuk maklumat lanjut.       




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat
Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada
tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :


1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
  • MUAT TURUN IKLAN JAWATAN KOSONG
  •  Iklan Jawatan Kosong
  • CARA MEMOHON :
    (i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDS. TR. 1 dengan harga RM 2.00 yang boleh didapati di Bahagian Kewangan, Majlis Daerah Setiu.
    (ii) Permohonan hendaklah dihantar kepada ;

    YANG DIPERTUA,
    MAJLIS DAERAH SETIU,
    WISMA MDS,
    22100 PERMAISURI,
    SETIU, TERENGGANU
    .
    (sila tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kanan dan tarikh tutup permohonan di sebelah kiri sampul surat)

    (iii) Tarikh Tutup Permohonan : 07 April 2010
    a) Gambar warna berukuran ‘pasport’ (letakkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
    b) Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang disahkan; dan
    c) Salinan sijil-sijil yang berkaitan
  • PERKARA AM
1. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga tahun berturut-turut.
3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Wednesday, March 24, 2010

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia



KEKOSONGAN JAWATAN DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
- PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41
- PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J29
- PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27
- JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) GRED U29
- PENERBIT RANCANGAN GRED B17
- PELUKIS PELAN GRED J17
- TUKANG K3 (BATU BATA) GRED R9
- TUKANG K3 (PENDAWAI ELEKTRIK) GRED R9
SYARAT LANTIKAN
Syarat-syarat lantikan beserta maklumat lanjut boleh diperolehi disini

TARAF JAWATAN

Tetap


CARA MEMOHON

(a) Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/BR01) boleh didapati disini.
Borang permohonan juga boleh didapati daripada
Jabatan Sumber Manusia,
Tingkat 2 Kompleks Pendidikan Perubatan,
Canselor Tuanku Jaafar,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup Iklan : 31 MAC, 2010 (Rabu)




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong TESDEC




TESDEC mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon kekosongan jawatan di TESDEC:-

1. Penolong Pengurus Kewangan & Akaun W41
2. Pensyarah Automotif DG41
3. Eksekutif Infra / Bangunan (TA) J29
4. Pembantu Peribadi KPE N27
5. Pembantu Tadbir N17


DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

Kolej TESDEC
d/a : Kawasan Perindustrian Bukit Khor
21600 Marang, Terengganu
(u.p : Bahagian Sumber Manusia)

Sila Sertakan Resume lengkap dan Salinan sijil-sijil yang berkaitan

Tarikh tutup permohonan pada 4 April 2010 Sebelum jam 5.00 petang











SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)



Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon?calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

   1. PEGAWAI PENERBITAN GRED : N41
   2. PEMBANTU PENYELIDIK GRED : Q17
   3. PEGAWAL KESELAMATAN GRED : KP11

DOWNLOAD IKLAN Professional Group | Support Group

Download Job Application Form (Important)

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil?sijil akademik hendaklah
dihantar melalui pos ke alamat kami seperti yang dinyatakan di bawah atau melalui
emel ke alamat : hr@miros.gov.mypada atau sebelum 31 Mac 2010.

Unit Pentadbiran,
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 125?135, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor.

Untuk sebarang keterangan lanjut,
sila hantarkan emel kepada zurianti@miros.gov.my (Zurianti Bt. Zamrud).




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam



Permohonan adalah diperlawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak di Majlis Bandaraya Shah Alam. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PENGAWAI PERANCANGAN BANDAR – GRED J41

SYARAT LANTIKAN:
- Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41:P1T5); dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (tetap) adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; dan
ii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

2. PENGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
SYARAT LANTIKAN:
- ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T3); atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T6) dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (tetap) adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; atau
ii)lulus peperiksaan khas;dan
iii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27

SYARAT LANTIKAN:
- STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T1); atau
- Diloma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5); atau
- Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6)dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N26

(Jawatan Kenaikan Pangkat)

SYARAT LANTIKAN:
Syarat Kenaikan Pangkat
- Pembantu Tadbir (Penkeranian/Operasi) Gred N22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Penkeranian/Operasi) Gred N26 yang kosong apabila telah:-
i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
ii)melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
iii)diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

5. PEMBANTU TADBIR (PENKERANIAN/OPERASI) – GRED N17

SYARAT LANTIKAN:
- warganegara Malaysia
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang berkebolehan/mahir mengendalikan komputer)

6. JURUTEKNIK (SENIBINA/ELEKTRIKAL) – GRED J17
SYARAT LANTIKAN:
- Sijil dalam bidang Senibina/Elektrikal/Awam daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan:
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

7. PEMBANTU KESIHATAN AWAM – GRED U17

SYARAT LANTIKAN:
- PMR/SRP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; atau
ii)lulus peperiksaan khas;dan
iii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang (MBSA 1) yang boleh dibeli di Kaunter Bayaran Tingkat G dengan harga RM3.00 tunai/naskah. Permohonan hendakalah dihantar kepada:-

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
TIngkat 1, Wisma MBSA
Peti Surat 7200
40706 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tarikh Tutup Permohonan : 5 April 2010

PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iii) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
iv) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
v) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Friday, March 19, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

 

Acara/ Event :  Gatsby Deodorant Street Fair

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)

Waktu : 10 pagi hingga 5 petang

Tempat : Ruang Legar, Ground Floor Berjaya Time Square, Kuala Lumpur

 

Hi semua, pihak admin www.kerjakosong.net hendak mengajak anda semua ke even gatsby deodorant street fair seperti tarikh tertera di atas. So ni adalah masa paling sesuai untuk anda semua chill out dan lapangkan fikiran setelah penat mencari kerja kan??

 Untung-untung boleh menang cabutan bertuah dan dapat bawak balik gadget-gadget yang cool.Apa gadget yang cool tu??Pihak admin pun tidak pasti,tapi apa kata kita pergi kesana ramai-ramai. Untung-untung boleh la berjumpa dengan rakan-rakan yang selalu chat dekat chatbox di kerjakosong.net kan?

Selain tu ada banyak lagi aktiviti kita boleh buat dekat sana,antaranya ada Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles dan segala jenis game yang ada dekat funfair la. So boleh kita chill sama-sama kan?


Apa pun boleh check out lebih lanjut details dekat
www.gatsby.com.my/streetfair

So macam mana hendak ke sana?Tak susah....Kalau melalui LRT, just turun dekat stesen Hang Tuah, kemudian boleh berjalan dalam 10 minit,sampai la ke Berjaya Time Square and agak-agak confuse, tanya saja pada pengawal keselamatan dekat stesen LRT, malu bertanya sesat jalan =).Kalau rasa malas nak berjalan,boleh la sambung menaiki Monorail dan turun di stesen IMBI,mudah bukan. So hopefully boleh jumpa semua di sana..

And finally,Nufnang juga ada membuka peluang pekerjaan,sila layari http://www.nuffnang.com.my/career/







SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-
SENARAI JAWATAN KOSONG
No. Notis SPA Jawatan
Info
001/2010 JURUUKUR
Maklumat
  Lanjut Jawatan
002/2010 JURUTEKNIK UKUR
Maklumat
  Lanjut Jawatan


Permohonan menggunakan borang tidak lagi diterima dan haruslah dibuat secara ON LINE SAHAJA dengan melayari laman web SPANS di alamat http://www.sabah.gov.my/psc. Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :
Urusetia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS,
Peti Surat 10998,
88811 KOTA KINABALU.




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong Balai Seni Lukis Negara (BSLN)



Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut;
  1. PENOLONG JURUAUDIT GRED W27
  2. PEMBANTU MUZIUM GRED S17

CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG BSLN 1/94 (Pindaan 2009) yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan BSLN atau boleh dimuat turun daripada laman wab BSLN www.artgallery.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.
2. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.
3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Disudut sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah disampaikan kepada;
Ketua Pengarah
Balai Seni Lukis Negara
No.2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p: Pengarah Khidmat Pengurusan)

(b) Tarikh tutup: 29 Mac 2010





SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Thursday, March 18, 2010

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sembilan



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia, Keutamaan diberi kepada rkayat Negeri Sembilan Darul Khusus bagi memenuhi jawatan berikut:

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17


Klik sini untuk muat turun ilkan lengkap


Borang Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Y.B. Setiausaha Kerjaaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
70503 Seremban
(u.p : Bahagian Penggurusan Sumber Manusia)

http://www.ns.gov.my

Tarikh Tutup ; 26 Mac 2010




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Wednesday, March 17, 2010

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kemaman


Jawatan  
Tarikh Tutup Permohonan
1
2
3
  Jurutera (Awam) Gred J41 (Bertaraf Kontrak)
  Juruteknik (Ukur Bahan) Gred J17   (Bertaraf Kontrak)
  Penyelamat Gred N1   (Bertaraf Kontrak)

  Muat Turun Iklan Jawatan Kosong .pdf (Saiz: 100 KB)  
22 MAC 2010
(ISNIN)
 * Untuk muat turun borang dengan lebih cepat, sila klik kanan pada Muat Turun Borang dan piih Save Link As

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA keutamaan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut :

1. Jurutera (Awam) Gred J41
SYARAT LANTIKAN
i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
ii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. Juruteknik (Ukur Bahan) Gred J17
SYARAT LANTIKAN
i. sijil dalam bidang Ukur Bahan yang dari Politeknik-politeknik di bawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan:
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 RM 1254.50); dan
ii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. Penyelamat Gred N1
SYARAT LANTIKAN
i. Berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan: atau
ii. mempunyai Sijil Pertolongan Cemas yang diiktiraf oleh kerajaan dan berkebolehan berenang.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T3 RM 730.83); dan
iii. berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

CARA MEMOHON.
Borang permohonan (berharga RM1.00) boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Tingkat 2, Majlis Perbandaran Kemaman yang beralamat seperti di bawah dengan mengirimkan sampul
surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri atau datang sendiri.

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke Majlis Perbandaran Kemaman seperti alamat berikut : -

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN
JALAN AIR PUTIH
24000 KEMAMAN
TERENGGANU

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22 MAC 2010 (ISNIN)
PERHATIAN :
(i) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dilayan.
(ii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
ditemuduga.
(iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan adalah dianggap tidak berjaya.
(iv) Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan surat beranak.




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong Guru Sandaran Terlatih di Kementerian Pelajaran Malaysia



Sistem permohonan secara dalam talian bagi urusan pengambilan Guru Sandaran Terlatih diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengambilan guru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan memudahkan graduan pendidikan memohon jawatan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

1. Guru Sandaran Terlatih

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS:

Kewarganegaraan:
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

Umur:
Pemohon mestilah berumur melebihi 18 tahun dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.

Kelayakan:
i.Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
ii.Memiliki Ijazah Sarjana Muda beserta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
iii.Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannnya.

*Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.

Tarikh Permohonan : 1 Mac 2010 - 31 Mac 2010

Sila klik sini untuk mengisi borang secara online dan maklumat lanjut




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Monday, March 15, 2010

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)



Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:-

1.    Akauntan Gred W41
2.    Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
3.    Penolong Akauntan Gred W27
4.    Penjaga Jentera Elektrik Gred R17
5.    Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17
6.    Pemandu Kenderaan Gred R3
7.    Pekerja Awam Gred R1
8.    Pembantu Am Pejabat Gred N1


Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada  22 Mac 2010 kepada :
KETUA PENGARAH,
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA),
BANGUNAN FAMA POINT,
LOT 17304, JALAN PERSIARAN SATU,
BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(u.p : Cawangan Perjawatan)




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK









Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia



 
Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:-
A. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E44 (7 KEKOSONGAN)
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
Ekonomi
Pengurusan Dan Profesional E44
P1T1 RM2980.20 - P1T14 RM4933.84
P2T1 RM3298.86 - P2T14 RM5415.39


Syarat Kelayakan :

Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 yang sedang berkhidmat di mana-mana jabatan/agensi kerajaan adalah layak memohon untuk mengisi kekosongan jawatan  Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44 apabila beliau telah:-
    i) disahkan dalam perkhidmatan;
    ii) mencapai tahap prestasi yang cemerlang;
    iii) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan, dan;
    iv) diperaku oleh ketua perkhidmatan/jabatan.

[Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang Ekonomi Pertanian atau Sains Pertanian atau Keusahawanan atau Pasaran & Promosi atau Pengurusan Sumber Manusia atau Pentadbiran Awam dan sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun]
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan mengurus, merancang, mengawal dan penyeliaan anggaran bajet dalam sektor-sektor yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia atau promosi perdagangan atau  keusahawanan atau pertanian atau perhubungan awam serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan khidmat sokongan yang ditetapkan oleh LPNM.
B. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27 (15 KEKOSONGAN)
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
Ekonomi
Sokongan E27
P1T1 RM1204.55 - P1T26RM3027.10
P2T1 RM1274.13 - P2T26RM3213.25
P3T1 RM1346.73 - P3T26RM3405.26


Syarat-Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T5); atau
iii) Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T6);

DAN
2. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi  adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
a) i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau                                                           
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :
Membantu dalam merancang, mengurus, mentadbir dan mengengalikan hal ehwal tanaman nanas diperingkat kawasan yang meliputi tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan projek, pemasaran hasil pertanian, pembangunan usahawanan tani dan lain-lain aktiviti khidmat sokongan yang telah ditetapkan oleh LPNM.
C. PENOLONG AKAUNTAN W27 (1 KEKOSONGAN)
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
Kewangan
Sokongan W27
P1T1 RM1209.09 - P1T26RM3031.64
P2T1 RM1278.67 - P2T26RM3217.79
P3T1 RM1351.27 - P3T26RM3409.80


Syarat-Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5]; atau
ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T8];

DAN
2. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila disahkan dalam perkhidmatan dan;-
a) i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau                                                           
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia system dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
D. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17 (10 KEKOSONGAN)
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
Ekonomi
Sokongan E17
P1T1 RM657.51 - P1T24 RM1722.31
P2T1 RM698.65 - P2T24 RM1819.11
P3T1 RM741.00 - P3T24 RM1919.54


Syarat-Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred E17:P1T8);

DAN
2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas :
Membantu pihak pengurusan/penyeliaan dalam urusan merancang, mengesan dan menyelia projek-projek pembangunan yang berkaitan serta aktiviti khidmat pengembangan.
E. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 (1 KEKOSONGAN)
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
Kewangan
Sokongan W17
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46


Syarat-Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W17;P1T2)]; atau
iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W17;P1T5)]; atau
iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W17;P1T9)];

DAN
2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyeliaan dalam urusan-urusan seperti penyediaan belanjawaan tahunan, pengawalan peruntukan, penyelenggaraan rekod-rekod kewangan dan kutipan hasil.
F. PEMBANTU MAKMAL C17 (1 KEKOSONGAN)
 KLASIFIKASI  KUMPULAN PERKHIDMATAN
 GRED  JADUAL GAJI MATRIKS
Sains
Sokongan C17
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48


Syarat-Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;

DAN
2. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab dalam menjalankan ujikaji di makmal, penyelenggaraan bahan-bahan dan peralatan makmal, penyediaan bahan-bahan kimia, merekod data dan menyelenggara dan merekod data QA.
SYARAT-SYARAT LAIN
Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mahir dalam penggunaan bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris serta mempunyai kemahiran di dalam penggunaan komputer.
Calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan.  Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi;
i) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam dalam satu peperiksaan; atau
ii) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
iii) Memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu sepertimana disyarat dalam skim perkhidmatan.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN
Taraf Jawatan yang ditawarkan adalah TETAP.
TEMPOH PERCUBAAN
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.
CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan’ yang boleh dimuat turun melalui laman web LPNM: http://www.mpib.gov.my dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport yang terkini dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat.

Permohonan dihantar terus kepada:

        KETUA PENGARAH
        LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
        NO. 5, WISMA NANAS,
        JALAN PADI MAHSURI,
        81200 JOHOR BAHRU,
        JOHOR DARUL TAKZIM
        (u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)


Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan peruntukan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penempatan Perkhidmatan) 2005.

TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan jawatan adalah 22 Mac 2010.
CATATAN AM
1. Sijil-sijil penyertaan (Mengikut tahun terkini)
2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak LPNM.
4. Permohonan yang mempunyai kelayakan Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
5. Permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut turutan seperti berikut;
i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran
vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
viii) Sijil-sijil penyertaan (Mengikut tahun terkini)




SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK