PENGUMUMAN PENGUMUMAN !!!!!!


Assalamualaikum dan hi kepada pencari pencari kerja semua,

Memandangkan pihak admin di www.kerjakosong.net selalunya sibuk dan tidak dapat mengemaskini blog maka kami membuat sebuah lagi blog dimana kami memautkan beberapa laman web penjodoh pekerjaan agar lebih mudah bagi anda semua mencari kerja. Kami juga berharap dengan adanya blog baru ini dapat sedikit sebanyak membantu pencari pencari kerja yang banyak bertanyakan di facebook mahupun di ruangan chat.

SILA KLIK SINI UNTUK SEARCH PELUANG PEKERJAAN


Walaubagaimanapun www.kerjakosong.net masih lagi berfungsi seperti biasa. :D

GOOD LUCK GUYS

Tapak Iklan Untuk Disewa












[Tapak iklan untuk disewa,hubungi admin melalui email di: kerjakosong[at]rocketmail[dot]com]

Followers

Saturday, August 21, 2010

Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia


Permohonan  dipelawa  daripada  warganegara Malaysia  yang  berumur  tidak  kurang  dari  18  tahun  pada  tarikh  tutup  iklan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di perkhidmatan Lembaga Lada Malaysia di Pejabat Wilayah  Johor Bahru seperti berikut :

1.Penolong Pegawai Ehwal  Ekonomi
2.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
3.Pekerja Awam Khas
4.Pemandu Kenderaan


CARA DAN SYARAT MEMOHON

a)  Borang  permohonan MPB  2  (Pin.  1/2008),  syarat-syarat memohon  dan maklumat  lanjut  berkaitan mana-mana  jawatan  tersebut  boleh  diperolehi  di  laman web www.mpb.gov.my  atau  pemohon  boleh  datang  ke Pejabat Wilayah  Johor  Bahru,  No.666,  Jalan  Idaman  3/4  Senai  Industrial  Park,  Tmn.  Desa  Idaman 81400, Senai, Johor Darul Takzim. Borang permohonan  jawatan  juga boleh dihantar  terus ke e-mel anda melalui  SMS.  Taip  MPB  BRGJWTN    dan  hantar  ke  15888.Contoh :  MPB   BRGJWTN BXYZ@yahoo.com dan hantar ke 15888 



b)  Borang  permohonan  yang  telah  lengkap  diisi  hendaklah  ditulis  nama  dan  gred  jawatan  yang  dipohon  di penjuru  kiri  sampul  surat.  Pemohon  yang mengemukakan  permohonan  yang  tidak mematuhi  arahan  atau permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

c)  Sesi  temuduga untuk semua  jawatan di atas  akan diadakan di Pejabat Wilayah  Johor Bahru.
Permohonan hendaklah dialamatkan kepada ;

Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama
Peti Surat 1653
93916 Kuching, Sarawak
(U/P : Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan : 13 SEPTEMBER 2010 (ISNIN) 





SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK

Wednesday, August 18, 2010

Jawatan Kosong PERKESO


Sejajar dengan rancangan pengembangan PERKESO, kami menjemput mereka yang berminat dan menyertai kami sebagai:

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED 24

SYARAT KELAYAKAN:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada Wargenegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
- Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Ijazah dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;DAN
- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-Peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(a) serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang perubatan;
- Bersedia bertugas di luar stesyen di seluruh Malaysia.


CARA MEMOHON:
- Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO di seluruh negara ataupun melayari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my untuk memuat turun borang permohonan.

atau


- Permohonan daripada penjawat awam/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan salian rekod perkhidmatan dan laporan prestasi tahunan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengesahan majikan (tesmonial) bagi permohonan dari sektor swasta.
- Permohonan hendaklah di hantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume),salinan kelayakan
akademik dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini beserta salinan slip gaji dan gambar berukuran passport ke alamat di bawah sebelum atau pada 27 Ogos 2010.

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
281 JALAN AMPANG, 50538 KUALA LUMPUR

CATATAN AM:
1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.
3. Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 27 Ogos 2010

SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Taiping


A. Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan


 BIL
JAWATAN
 GRED
BIL KOSONG
1.
PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA - TETAP
J29
1
2.
PEMBANTU PERTANIAN - TETAP
G17
1
3.
PEMBANTU PENILAIAN - TETAP
W17
1
4.
PEMANDU KENDERAAN - TETAP/KONTRAK
R3
2
5.
PEKERJA AWAM TETAP/KONTRAK
R1
40
B. Maklumat lengkap serta syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping (www.mptaiping.gov.my)

C. CARA MEMOHON 

  • Semua permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter Bayaran, Aras Bawah, Majlis Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping (waktu pejabat) dengan bayaran sebanyak RM2.00 atau dengan muat turun (download) melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping (www.mptaiping.gov.my) dengan menyertakan bersama kiriman wang pos sebanyak RM2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping sebagai wang proses. Borang permohonan adalah terhad.
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil / Ijazah dan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan sekeping gambar berukuran passport dengan sampul surat berukuran 10”x 15” beralamat sendiri dan setem RM2.00
D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
a) Permohonan hendaklah sampai kepada :-
Yang Dipertua 
Majlis Perbandaran Taiping, 
Jalan Taming Sari, 
34000 Taiping, 
Perak. 
SEBELUM ATAU PADA 30 OGOS, 2010


Muatturun



SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK

Jawatan Kosong Balai Seni Lukis Negara (BSLN)


BALAI SENI LUKIS NEGARA
(KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA)
Jawatan Kosong

Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut;


BIL.

NAMA DAN GRED JAWATAN

TARAF JAWATAN

KEKOSONGAN

1.

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

KONTRAK

1

2.

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17

KONTRAK

1

3.

AHLI FOTOGRAFI GRED B17

SAMBILAN

1

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Sila Klik:


tarikh tutup:1 September 2010
iklan rasmi di SINI

SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK

Monday, August 16, 2010

Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya

Warganegara yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Perbadanan Putrajaya:

1. PEGAWAI TADBIR N41

SYARAT KELAYAKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4); dan
(d)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Syarat Lantikan KPSL:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir Tanah, Penolong Pegawai Tanah, Penghulu dan Setiausaha Pejabat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat 
secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a)(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


2. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

SYARAT KELAYAKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau 
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3); dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Had Umur (Pada tarikh iklan ditutup)
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan : 
- Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta 
pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.


CARA MEMOHON:
- SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ONLINE.



- Bagi pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, perlulah mengisi borang ON-LINE dan mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan berdasarkan Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Perbadanan Putrajaya (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2009). Dokumen-dokumen tersebut hanya perlu di bawa semasa TEMUDUGA sahaja. 
- Calon dihadkan kepada TIGA(3) jawatan sahaja. 

Taraf Jawatan :
- Semua lantikan bagi jawatan yang diiklankan akan dilakukan secara KONTRAK sebelum pelantikan secara TETAP dipertimbangkan berdasarkan prestasi perkhidmatan. 

CATATAN AM:
- Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Ogos 2010


SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)


Pemohon-Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk
mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda:-
A.
JAWATAN/KELAYAKAN
    
1.
JAWATAN
:
PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
GRED E27

1.1
Bilangan Kekosongan
:
1
1.2
Kumpulan Perkhidmatan
:
Kumpulan Sokongan
1.3
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Perkhidmatan Ekonomi
1.4
Jadual Gaji Gred E27
:
P1T1 RM 1204.55    -    P1T26 RM 3027.10
P2T1 RM 1274.13    -    P2T26 RM 3213.25
P3T1 RM 1346.73    -    P3T26 RM 3405.26
1.5
Syarat Lantikan
:
(a)(i)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii)
diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: P1T5); atau
(iii) 
diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: P1T6);
 dan
 (b)
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
1.6
Syarat Kenaikan
Pangkat Secara Lantikan
:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi dan Pengajar Kraf adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)(i)
mempunyai kelayakan di perenggan 1.5 (a) di
atas; atau
(ii)
lulus Peperiksaan Khas.
2.
JAWATAN
:
PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
2.1
Bilangan Kekosongan
:
1
2.2
Kumpulan Perkhidmatan
:
Kumpulan Sokongan
2.3
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Perkhidmatan Kewangan
2.4
Jadual Gaji Gred W27
:
P1T1 RM 1209.09    -    P1T26 RM 3031.64
P2T1 RM 1278.67    -    P2T26 RM 3217.79
P3T1 RM 1351.27    -    P3T26 RM 3409.80
2.5
Syarat Lantikan
:
(a)(i)
diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T5);
atau
(ii)
Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T8);
 dan
(b)
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2.6
Syarat Kenaikan
Pangkat Secara Lantikan
:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)
mempunyai kelayakan di perenggan 2.5 (a)
di atas; atau
(b)
lulus Peperiksaan Khas.
3.
JAWATAN
:
PEMBANTU PERTANIAN GRED G17
3.1
Bilangan Kekosongan
:
3
3.2
Kumpulan Perkhidmatan
:
Kumpulan Sokongan
3.3
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Perkhidmatan Pertanian
3.4
Jadual Gaji Gred G17
:
P1T1 RM 824.91    -    P1T24 RM 2155.88
P2T1 RM 876.34    -    P2T24 RM 2277.03
P3T1 RM 929.28    -    P3T24 RM 2402.48
3.5
Syarat Lantikan
:
(a)
Sijil Institut Pertanian, Kementerian Pertanian
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8);
dan(b)
lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Hanya calon-calon yang memiliki Sijil Institut Pertanian Selepas Jun 1996 sahaja yang layak memohon]
4.
JAWATAN
:
TUKANG K2 GRED R11
4.1
Bilangan Kekosongan
:
2
4.2
Kumpulan Perkhidmatan
:
Kumpulan Sokongan
4.3
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir
4.4
Jadual Gaji Gred R11
:
P1T1 RM 892.54     -    P1T15 RM 1647.28
P2T1 RM 948.08     -    P2T15 RM 1725.64
P3T1 RM 1005.25   -    P3T15 RM 1805.63
4.5
Syarat Lantikan
:
(a)(i)
tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah
bantuan penuh kerajaan; atau
(ii)
pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b)(i)
mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii)
lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2;
dan (c)
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
4.6
Syarat Kenaikan
Pangkat Secara Lantikan
:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
Tukang K3 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Tukang K2 Gred R11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
:
(a)
mempunyai kelayakan di perenggan 4.5 (b)
di atas
5.
JAWATAN
:
PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
5.1
Bilangan Kekosongan
:
2
5.2
Kumpulan Perkhidmatan
:
Kumpulan Sokongan
5.3
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
5.4
Jadual Gaji Gred N1
:
P1T1 RM 649.15    -    P1T22 RM 1506.79
P2T1 RM 691.62    -    P2T22 RM 1583.49
P3T1 RM 735.72    -    P3T22 RM 1661.82
5.5
Syarat Lantikan
:
(a)(i)
berpelajaran di peringkat sekolah rendah
bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii)
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2);
6.
JAWATAN
:
PEKERJA AWAM GRED R1
6.1
Bilangan Kekosongan
:
7
6.2
Kumpulan Perkhidmatan
:
Kumpulan Sokongan
6.3
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir
6.4
Jadual Gaji Gred R1
:
P1T1 RM 647.51    -    P1T14 RM 1178.43
P2T1 RM 689.98    -    P2T14 RM 1242.09
P3T1 RM 734.08    -    P3T14 RM 1307.38
6.5
Syarat Lantikan
:
(a)(i)
tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii)
berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

(Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T3);
dan (b)
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


B.    
UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) :
(a)
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
(b)
Pegawai sedang berkhidmat yang layak untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
C.    
TARAF JAWATAN : Tetap
D.    
TEMPOH PERCUBAAN :
Calon-calon yang dilantik secara terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan
tetap adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
E.    
PEPERIKSAAN / KURSUS INDUKSI : 
Mengikut skim perkhidmatan.
F.    
CATATAN AM :
(a)
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
(b)
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
(c)Salinan sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan dan disahkan hendaklah disertakan.
(d)Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
CARA MEMOHON : 
1.
Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang MADA Am 3 yang boleh dicetak daripada 
Laman Web MADA http://www.mada.gov.my

2.Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
                                        Pengurus Besar,
                                        Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
                                        Bahagian Khidmat Pengurusan,
                                        Ibu Pejabat MADA,
                                        Ampang Jajar,
                                        05990 ALOR STAR.
                                        [ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ]
 
3.
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos 2010. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
NO. FAIL :        MADA(A2)PSM/502101/Jld.IV-e(14)

SELAMAT BERJAYA AND GOOD LUCK